Khamis, 10 November 2011

Pendahuluan

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu.Perubahanini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tarian dan seni mempertahankan diri.

Pendidikan seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan