Gambar no. 1.
murid-murid boleh mewarnakan ikut imaginasi murid-murid.
dan contoh-contoh boleh dirujuk dibawah ini.
Selasa, 29 November 2011
Isnin, 28 November 2011
Matlamat PSV
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Khamis, 10 November 2011
Pendahuluan
Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu.Perubahanini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tarian dan seni mempertahankan diri.
Pendidikan seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.

Langgan:
Catatan (Atom)